سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ semoga ALLAH merahmati org y melihat blog ni
create your own banner at mybannermaker.com!

kepada kwn2 y budiman..jgn lupa follow ae

Sabtu, 23 April 2011

cinta kpd Allah @ Rasulallah mlebihi sgalanya

cinta kepada allah sangat berbeza segala-galanya.. saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, hanya cinta kepada allah membawa kedamaian.. saat cinta insan membawa kehancuran,, hanya kepada allah membawa kebahagiaan.. sebaliknya,, cinta kepada allah adalah sebenar-benar cinta hakiki yang pasti membawa bahagia ketika di dunia & akhirat kelak..

kerana itulah, apabila kekuatan cinta kepada allah melebihi segala-galanya,, manusia tidak akan takut untuk berhadapan dengan kegagalan cinta antara sesama insan.. dan kecintaan yang mendalam kepada allah tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan kata cintanya kepada orang yang tersayang...

kita perlu sedar bahawa cinta kepada allah adalah sebaik-baik cinta yang harus dimiliki manusia.. namun, kadang kala kesedaran ini sukar diterjemah dalam ayat biasa, menyebabkan kita gagal untuk memahami pengertian cinta kepada allah itu sebenarnya... cinta kepada insan lebih kepada sesuatu yang melalaikan,, sedangkan cinta kepada allah itu sebenarnya bakal memberi ketenangan & kebahagiaan..

namun tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah... ingin mencintai & dicintai & mahu cinta mereka di akhiri dengan perkahwinan ..

tp cinta yang indah itu kadang kala sangat menakutkan,, kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana & berasa hidup sudah tidak bermakna.. maka jadilah cinta itu sebagai kepahitan yang begitu mengecewakan & menyakitkan perasaan..

tidak ada cinta yang lebih agung selain cinta kepada allah & rasul- nya.. maka,, apabila bercinta,, janganlah cinta itu melebihi cinta kepada allah & rasul-nya.....

diambil dari fb kwn ku...g-ha @ nadjeeha mohd farees

Tiada ulasan:

Catat Ulasan