سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ semoga ALLAH merahmati org y melihat blog ni
create your own banner at mybannermaker.com!

kepada kwn2 y budiman..jgn lupa follow ae

Khamis, 28 Julai 2011

berterus-teranglah...

huhuhu....sedih sgt2 ary ni...nape dak kelas aq xpuas aty  ngan aq....diorg mmang xsuka tgok aq senang skit...diorg nk tgok aq sedih @kecewa pe...


korang klo xpuas aty nape xterus-terang ngan aq...aq ni jenis open-minded...aq leh terima pe je y korang nak ckp ngan aq...
aq pling mnyampah klo org xpuas aty xnk terus-terang.......
klo korang muskil kat aq...terus-terang...mybe aq leh tolong urai kekusutan korg...klo korang xgitau cam ne aq nk tau...please terus-terang ngan aq...korg wat aq gelisah je...

P/S: TERUS-TERANGLAH WALAUPUN MENYAKITKAN HATI KITA SENDIRI...MYBE NGAN TERUS-TERANG HATI KITA AKAN TENANG...buat pe dendam klo itu hanya wat kt sakit aty...so, terus-teranglah agar org y kt nak terus-terang tau pe y kt nk @ xnk...

Rabu, 27 Julai 2011

my cousin my family..

ini sepupu aq...namanya syafiqah syukor...aq panggil dia fiqah...blm byk2 spupu aq...dia spupu aq y pling rapat skali...
klo aq de masalah ke...aq suka kongsi ngan dia...dia sorg y memahami perasaan aq dan tau mana y aq suka atau aq xsuka...
aq ingat g dulu masa kt org kecix2 dulu...kt org suka buat jht sama2...xdngr nasihat nenek...
dan biasa ar bila dh xdngr ckp nenek...pe g kt org kena marah...tp tu dulu...skrg ktorg dh besar...dh tau mana baik mana buruk...aq xkn prnh lupa kenangan ktorg...


tak tahu nak letak tajuk apa

bila aq xde keje..begini ar jadik nya...aq mesti gatal tangan nak amik gmbr...aq sndiri pon xtau...tp y pasti aq suka amik gmbr...like model(haha, perasan lak)...adik aq xketinggalan nak posing gak...ehmmm...boleh...





aku benci betullah

nape  aq mesti kena buli ngan dak2 kelas aq??? aq ni baik sgt ke....
korang ingat aq ni tmpt korang nk lepas geram ke...aq pon de aty @perasaan...
aq sedar sape diri aq...so, korang xyah ar nk cari psl ngan aq....
korang xyah nk tipu aq ngan citer2 karut korang tu...

byk g benda y berfaedah leh korang wat ar...slain buli aq...
aq benci korang ar...
arap muka cntik tp aty hanya Allah y tahu ar...sory ar...aq mmang xsuka korang wat aq cam ni...

aq pon nk idop bahagia...jgn ganggu idop aq ngan citer dn perangai buruk korang tu...
pe guna dpn aq klo minta tolong bkn main baik g...blkng aq korang kutuk aq...
aq minta maaf klo aq prnh t'singgung perasaan korang...aq arap korang taubat ar...
korang berubah ar nk dekat SPM ni...

Isnin, 25 Julai 2011

10 rahsia resepi cinta

pada y tgh dlamun cinta...sesuai sgt baca entri ni...
1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.


3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.


5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..


6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?


8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.


9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.


Jumaat, 22 Julai 2011

kenali diriku

sbnrnya dh lama aq wat blog ni tp xprnh knal kn diri...
ehm...nama aq Nurul Shahirah...
cm ne tiba2 terpikir nk letak gadis pemalu??
sbnrnya...aq seorg y pemalu, so tercetus idea tulh...xphm wat2 phm jelh...
xtau ar cm ne nk terangkn...
aq mmang pemalu...nk jumpa bf pon pemalu...pe g nk ckp ngan kwn laki...
so, sape2 y mmang nk jadi kwn aq trutama lelaki...jgn ar rasa pelik k ngan perangai aq...
tp, aq xpemalu sgt...sbb pemalu aq jenis y bertempat skit...
sbb dlm idop ni kt xleh malu kecuali ngan benda haram...klo kt wat mmang kena malu...

malu ngan diri-sendiri
malu ngan Allah
malu ngan kuarga
malu ngan org sekeliling..

aq suka berkawan ngan sume org xkira perangai cm alim ulamak ke, perangai dia gila2...asalkn dia bkn top student(mndpt perhatian ramai)...sbb biasanya org cm ni bila ckp ngan kt sumenya nk btul je...pastu sombong...
nk tegur kt pon takut...takut pe ek org slalu ckp"market aq jatuh" alah privasi jatuh...(aq ni ckp cm ckp ngan dak kecix lak..tau ar idop dkelilingi ngan dak kecix)
haha...aq gurau je...korang jgn amik aty k...

aq klo nk cari tman idop...aq suka y jenis simple je...rupa paras xpnting y pnting aty dia baik, kuat iman, pandai @ de pengangan agama...tu je...penampilan dia kemas...(klo dh takdir..aq xdpt pe y aq nk, aq reda mybe Allah dh tntu kn y lain dari pe y aq inginkn- y terbaikkk wat aq)

apa tu gelatin???

haah...masih ragu2 ngan makanan y mengandungi gelatin...mari2 ary ni sy nk berkongsi ngan anda mengenai pengambilan gelatin dan apa sbnrnya gelatin tu...

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.
Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.
Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:

  • Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
  • Puding, kek dan pai
  • Gummi jelli, Pastil berperisa
  • Yogurt, keju dan butter
  • Ais-krim
  • Pencuci mulut segera
  • Gula-gula getah (Chewing gum)
  • Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.

"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"




halaltidak

chocolatesBila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?

Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan. Read more...

Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.

BIMBANG!, RISAU!, RESAH...

Itulah yang bermain di fikiran anda kan? Apatah lagi bila kebanyakkan kek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!

fruitcocktailPemilik restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.
Ibu-ibu, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL! desserts recipe.


awasAwasAdakah anda ingat semua gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini hanya terdapat di dalam makanan? JANGAN TERKEJUT...ianya juga ada di dalam banyak jenis barangan-barangan lain lagi.
Produk-produk lain yang mengandungi gelatin antaranya ialah:
  • Kapsul penyalut ubatan
  • Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan
  • Berbagai-bagai jenis Ubat Gigi
  • Hampir ke semua Kosmetik Kecantikan
  • Semua Minyak Wangi
  • Sabun-sabun mandi dan pelembut fabrik
  • Losen Badan, kaki dan tangan
"ASTARGFIRULLAH! WASPADALAH SAUDARA-SAUDARA KU! Sesungguhnya Iman kita yang lemah ini akan terus HANCUR hanya dengan memakan makanan haram dan menggunakan barangan haram. Sebab itulah ianya AMAT DI TEGAH didalam Islam!"
BEBERAPA MASALAH SEKIRANYA ANDA TERUS MENGAMBIL
~ MAKANAN HARAM ~
>> Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan.
>> Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadi sebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa.
>> Tubuh badan kita juga akan mudah dijangkiti berbagai jenis penyakit dan lemah sistem immuniti
>> Apabila tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan bersifat degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah berprasangka buruk terhadap orang lain.
>> Kita akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan solat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH
>> Diri kita juga akan terdorong kepada aktiviti yang tidak sihat seperti, melakukan maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya.
>> Tanpa kita sedari, kita akan mudah gagal dalam kehidupan kita walau pelbagai usaha yang telah kita lakukan.
>> Sesungguhnya mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut syaitan dan telah dipesongkan oleh orang-orang kafir.

apakah penyelesaiannya
"Sekarang, anda mulai merasa bimbang apabila anda mengetahui yang semua yang anda makan selama ini adalah HARAM kan? ...banyak benda-benda kegunaan harian juga haram! Saya juga teramat risau..."
Lebih memburukkan keadaan lagi, jumlah gelatin halal yang dikeluarkan di dalam dunia ini agak terhad pula. Dan bukan semua gelatin yang tertulis halal itu adalah benar-benar halal. Sekali lagi ,
masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan.

PILIH HALAL , PILIH GELATIN HALAL!


BEBERAPA FAEDAH SEKIRANYA ANDA MENGAMBIL

~ GELATIN HALAL ~

  • Baik untuk perkembangan tulang dan otot-otot serta proses regenerasi
  • Kesihatan anda sekeluarga akan lebih terjamin
  • Masakan kita akan lebih bersih dan suci
  • Membantu Produk alternatif yang halal bagi membina masyarakat Islam sedunia yang lebih baik
  • Kehidupan akan lebih yakin, tenteram dan dapat menikmati suasana yang jauh lebih tenang
  • Dianugerah Tuhan dengan minda yang lebih sihat dan cergas
  • Memiliki satu bahan masakan dengan sifat yang unik sebagai ajen penstabil, pengikat, penebal, pelekat dan pembuih yang HALAL!
  • Sesungguhnya Tuhan akan lebih menyayangi mereka-mereka yang memakan makanan HALAL dan menegah yang HARAM. Rujuk kepada Ayat-ayat Al-Quran di sini >> HALAL & HARAM
_________________________
siapakah
gelatin
  • Suri Rumah- Yang selalu memasak kuih, kek, puding dll
  • Penjual-penjual kuih muih
  • Pemilik kedai kek- Tidak kira ugama atau bangsa kerana pelanggan mereka juga Islam
  • Pemilik Restoran - Tukang-tukang masak restoran seharusnya lebih peka dengan kehendak pelanggan dengan menyediakan pemanis mulut yang dijamin HALAL
  • Kilang-kilang yang membuat kosmetik kecantikan
  • Pengeluar Ubat gigi, minyak wangi, sabun, losen
  • Pembuat kapsul softgel
  • Pembuat produk-produk berbagai jenis makanan
"Semua orang tidak kira bangsa atau pun agama seharusnya menggunakan Gelatin Halal ini untuk produk mereka kerana selagi mereka menjual barangan mereka pada orang Islam, maka selagi itu tanggungjawab mereka menghormati hukum agama Islam kita!"


akhir
caramelSeluruh umat Islam di dunia bertungkus lumus untuk pemakanan halal, bersusah payah mencari dan bertanya ke sana-sini dengan sedikit harapan agar dapat berjumpa gelatin halal dan belum ada lagi yang benar-benar menjumpai gelatin yang benar-benar halal. Kini, pencarian itu berhenti di sini, anda sudah tidak perlu mencari lagi. Pencarian anda berhenti sekarang juga!!! Kerana...
...sudah ada pengeluar GELATIN HALAL di Malaysia iaitu HALAGEL!
halagel
Syarikat Halagel (M)Sdn.Bhd. yang telah ditubuhkan pada 19 Ogos 1997 adalah satu alternatif bagi persoalan anda. Syarikat Halagel telah berusaha keras dalam mencari gelatin halal untuk kegunaan industri makanan dan farmaseutikal. Sejajar dengan misi syarikat, Menyediakan Produk Alternatif Yang Halal Bagi Masyarakat Islam Sedunia!

mengapa
  • Kilang gelatin terletak di sebuah negara Islam iaitu Pakistan
  • Kilang tersebut dipunyai 100% oleh orang Islam
  • Semua pekerja di bahagian pengurusan dan operasi juga adalah 100% terdiri daripada orang Islam
  • Gelatin yang dikeluarkan bersumberkan dari tulang-tulang haiwan yang Halal dimakan seperti lembu, kambing dan kerbau.
  • Haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam mengikut syariah
  • Halagel gelatin adalah benar-benar gelatin halal kerana pemprosesan tulang-tulang haiwan yang halal TIDAK PERNAH dicampurkan dengan tulang-tulang dari sumber lain yang tidak halal seperti yang dilakukan oleh kebanyakan kilang gelatin lain di dunia.

Oleh itu Halagel gelatin telah diiktiraf halal oleh tiga badan utama di Malaysia, Thailand & Indonesia iaitu:
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Islamic Central Committee of Thailand (ICCT)
  • Pengkajian Pangan,Obat-obatan dan Kosmetika–Majelis Ulama Indonesia(LPPOM-MUI)
>> Pemeriksaan ke kilang gelatin dan pusat penyembelihan juga dilakukan setiap tahun bagi memastikan kualiti dan status halal gelatin terjamin sepanjang masa.

masihragu
iceMengapa masih susah untuk menerima hakikatnya? Mengapa masih tidak mahu berubah? Apakah anda sanggup untuk terus memakan makanan yang dipenuhi dengan bahan-bahan haram? Masih mahu menggunakan barangan harian anda yang anda tahu bersalut dengan lemak babi, najis?
Tidak cukupkah lagi dosa yang telah sedia ada, maka kita tambahkan lagi? Tidak terfikirkah anda yang ini juga adalah salah satu cara orang-orang kafir mencuba untuk memesongkan akidah kita secara halus?! Mengapa kita mesti tunduk pada hasutan syaitan? ...tunduk pada mereka?

Janganlah anda ragu-ragu lagi! Fikirlah akan anak-anak anda yang sedang membesar. Berilah peluang kepada mereka untuk membesar dalam situasi yang lebih baik. Fikirlah akan masa depan dunia kita. Didiklah anak-anak anda memakan makanan yang bersih, suci lagi HALAL!

"JADI...AWAS, jangan tertipu dengan berbagai-bagai jenis makanan yang mempunyai gelatin haram...PILIH HALAL, PILIH GELATIN HALAL!!!"